3E Training & Education

Mengenali Personaliti Anda

Mengenai Kertas Soalan

Tiada had masa ditetapkan untuk menjawab soalan-soalan berikut tetapi hanya 10 hingga 15 minit diperlukan untuk melengkapkannya.

Tiada jawapan betul atau salah. Jika anda bersetuju dengan kenyataan berkenaan, sila tanda (0) pada nombor bersebelahan kenyataan tersebut. Sekiranya anda lebih cenderung untuk tidak bersetuju kepada kenyataan tersebut, tanda (X) pada nombor bersebelahan kenyataan itu.

Pastikan anda tanda (0) atau (X) pada setiap kenyataan.

Sebagai panduan semasa menjawab soalan-soalan berikut, fokuskan perhatian anda kepada sesuatu persekitaran yang khusus seperti persekitaran dalam waktu kerja atau dalam persekitaran sosial.

Kita bertindak mengikut keadaan sekeliling atau kesesuaian pada masa yang tertentu, tetapi untuk menjawab soalan-soalan berikut, tanda (0) pada kenyataan yang anda rasa kerap/paling bersesuaian dengan anda

Jika ragu-ragu, tandakan (X) pada kenyataan tersebut.